Minggu, 02 November 2008

Bulldog




Bulldog merupakan sejenis anjing yang mempunyai badan yang berkedut-kedut dan bertenaga, Anjing ini berasal daripada Britain. Anjing Bulldog jugfa dikenali sebagai 'English Bulldog'. Walaupun rupa fizikal anjing ini kelihatan garang tetapi ia adalah seekor anjing yang penyayang dan mempunyai perangai yang baik. Anjing pengiring ini mempunyai kepala yang besar, muncung yang pendek, kaki yang pendek, badan yang bertenaga dan kulit yang berkedut.Anjing ini sememangnya berasal dari Great Britain diantara tahun 1600an dan 1800an. Anjing ini adalah baka campuran dari anjing jenis Mastiff dan beruang. Ia telah dilatih untuk menusuk lawannya dengan hidung walaupun hidungnya pendek untuk menolak jatuh lawannya itu. Bulldog adalah anjing yang rendah dengan leher yang lebar, padat dan berotot. Matanya pula terperosok ke dalam. Kulitnya licin dan berwarna kelabu kekuningan dengan tompok berwarna perang, kuning keperangan, merah atau hitam. Beratnya adalah kira-kira 23-25kg dan tingginya adalah lebih kurang 31-36cm.



http://fardza.tripod.com/poodle.html

Dalmatian


Dalmatian adalah sejenis anjing yang besar dan istimewa kerana mempunyai bulu yang berbintin-bintik hitam di badannya. Anjing jenis ini memang mempunyai bulu yang cantik. Anjing pendiam ini juga boleh mempunyai banyak kawan, bertenega dan ia juga memerlukan banyak latihan untuk menjadi lebih bagus. Ia juga mempunyai keistimewaan dari segi ketahanan. Anak anjing Dalmation hanya mempunyai warna putih sepenuhnya dan ia akan mempunyaibintik-bintik sepanjang proses pendewasaan. Kewujudan anjing ini dapat dikesan pada tahun 1400an iaitu di Dalmatia atau lebih dikenali sibagai Crotia pada masa kini. Pada tahun 1800an anjing ini telah dijadikan untuk penarik pedati lebih-lebih lagi semasa berlakunya kebakaran. Tinggi anjing ini adalah antara 56-61cm manakala beratnya adalah 23-25kg. Bulunya sangat nipis, halus dan licin. Ekornya pula panjang dan halus.


http://fardza.tripod.com/poodle.html

Anjing Poodle


Poodle atau dipanggil ‘barbone’ atau ‘caniche’ ini adalah anjing yang bijak. Anjing yang penuh aksi ini berjalan dengan penuh lenggang lenggok. Bulunya selalu diklip dan kadangkala ekornya yang lurus akan dipotong setengah dari yang asal. Terdapat 3 kategori Poodle yang diukur mengikut saiz : standard iaitu paling besar, saiz mini dan saiz yang paling kecil. Jangka hayat anjing jenis ini ialah antara 12 hingga 15 tahun. Anjing ini pada asalny diternak di German pada 500 tahun dahulu. Ia mula diternak oleh French Barbet. Warna yang biasa dilihat ialah putih, apricot, hitam atau perang. Standard Poodle biasanya 38cm tinggi dan 20-32kg berat. Saiz mini pula 25-38 tinggi dan saiz paling kecil pula ialah 25cm tinggi. http://fardza.tripod.com/poodle.html