Minggu, 02 November 2008

Anjing Poodle


Poodle atau dipanggil ‘barbone’ atau ‘caniche’ ini adalah anjing yang bijak. Anjing yang penuh aksi ini berjalan dengan penuh lenggang lenggok. Bulunya selalu diklip dan kadangkala ekornya yang lurus akan dipotong setengah dari yang asal. Terdapat 3 kategori Poodle yang diukur mengikut saiz : standard iaitu paling besar, saiz mini dan saiz yang paling kecil. Jangka hayat anjing jenis ini ialah antara 12 hingga 15 tahun. Anjing ini pada asalny diternak di German pada 500 tahun dahulu. Ia mula diternak oleh French Barbet. Warna yang biasa dilihat ialah putih, apricot, hitam atau perang. Standard Poodle biasanya 38cm tinggi dan 20-32kg berat. Saiz mini pula 25-38 tinggi dan saiz paling kecil pula ialah 25cm tinggi. http://fardza.tripod.com/poodle.html

Tidak ada komentar: